- Home
- About
Hai, saya Saifullah Suratmin.
Saya menulis dan melatih tentang akaun, cukai dan kewangan, iaitu bidang yang selalu dianggap rumit, sedangkan ia hanya perlu diterangkan dengan betul.

Kenapa saya mula menulis
Saya mula menulis kerana soalan yang sama berulang setiap kali saya berjumpa pemilik bisnes. Untung ke mana? Kenapa bank tolak permohonan pinjaman? Perbelanjaan mana yang boleh ditolak cukai? Semuanya soalan asas, tetapi jawapannya selalu diberi dalam bahasa yang orang bisnes tidak faham.
Jadi saya ambil pendekatan yang berbeza: terangkan dahulu, kemudian barulah cakap tentang khidmat. Sampai hari ini itulah cara saya bekerja, melalui tulisan, video, kelas latihan dan buku.
Bidang ini tidak rumit, hanya jarang diterangkan dengan betul.
Empat pegangan kerja
Terangkan, jangan pujuk.
Orang yang faham akan buat keputusan sendiri. Itu lebih baik daripada dipaksa.
Angka dahulu, perasaan kemudian.
Keputusan bisnes yang baik bermula dari rekod yang betul, bukan dari semangat.
Kecil pun perlu sistem.
Bisnes mikro bukan alasan untuk tiada rekod. Sistem yang ringkas sudah cukup untuk mula.
Rancang, buat, analisa, ulang.
Wajib rancang, wajib buat, wajib analisis. Kemudian ulang.
