Usahawan · Penulis buku · Jurulatih akaun, cukai & kewangan

Faham angka bisnes sendiri, tanpa perlu jadi akauntan.

Saya Saifullah Suratmin. Saya terangkan akaun, cukai dan kewangan dalam bahasa orang bisnes, melalui artikel, kelas live percuma setiap minggu dan servis untuk bisnes yang perlukan bantuan.

tahun dalam bidang
15
usahawan dilatih
1000+
artikel ditulis
300+
Saifullah, pengasas dan trainer utama
Kelas Zoom setiap Khamis
SaifullahPengasas & trainer utama
Saifullah berceramah di hadapan peserta
Kenali saya

Bidang ini tidak rumit, hanya jarang diterangkan dengan betul.

Saya mula menulis kerana soalan yang sama berulang setiap kali saya berjumpa pemilik bisnes. Untung ke mana? Kenapa bank tolak pinjaman? Belanja mana yang boleh ditolak cukai?

Saya juga menjalankan tiga syarikat sendiri. Jadi apa yang saya ajar datang dari meja yang sama saya duduk setiap hari, bukan dari teori.

Kelas live percuma · Disember 2026

Satu topik setiap minggu, terus dari saya

Daftar sekali, kemudian hadir setiap Khamis melalui Zoom. 60–90 minit setiap kelas: belajar, tengok demo dan tanya soalan tentang bisnes tuan puan. Isi maklum balas untuk dapat ebook atau template percuma.

  1. 03 Dis5 Perkara Owner Enterprise Perlu Siapkan Sebelum Tutup TahunKelas seterusnya · Khamis, 3:00 ptg
  2. 10 DisCara Kira Untung Sebenar BisnesKhamis, 3:00 ptg
  3. 17 DisCara Susun Resit, Invois & Bank StatementKhamis, 3:00 ptg
  4. 24 DisCara Asingkan Duit Bisnes dan Duit PeribadiKhamis, 3:00 ptg
Servis

Perlukan bantuan susun akaun?

Saya dan pasukan saya boleh uruskan atau semak rekod bisnes tuan puan. Tuan puan tak perlu hadir kelas atau jadi ahli dahulu.

Bookkeeping

Rekod jualan, belanja dan bank setiap bulan atau setahun.

Bermula RM300 / bulan

Konsultasi 1-to-1

Semak kos, harga, aliran tunai dan rekod, kemudian susun langkah seterusnya.

Bermula RM350 / sesi